Site Loader
Rock Street, San Francisco

KewarganeagaraanIsu hak kerakyatan kaum bukan Melayu sebelum merdeka, terutama selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua menjadi isu yang kontroversi dan sensitif dalam kalangan perbagai kaum. Hak kerakyatan ini telah menjadi matlamat perjuangan kaum bukan Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dengan ini, Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning(British), Sir William Mckell(Australia), B.Malik(India) dan Hakim A. Hamid(Pakistan) telah menggubalkan Perlembagaan Persekutuan(Nasywah,2014). Perlembagaan Persekutuan digubalkan berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan Pertubuhan Tanah Melayu(Amran, Ismail, Hj. MD Lasa,2015). Pemerolehan kewarganegaraan dicatakan dari Perkara 14 hingga ke Perkara 22. Terdapat empat cara untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, naturalisasi dan penggabungan wilayah. Bagi penamatan kewarganegaraan dicatatkan dari Perkara 23 hingga ke Perkara 28A. Manakala Perkara 29 hingga ke Perkara 31 adalah tambahan tentang kewarganegaraan. Pemerolehan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang(Perkara 14)  dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah warganegara yang lahir sebelum Hari Malaysia Bagi warganegara yang lahir di Persekutuan iaitu lahir antara 31 Ogos 1957 sehingga 30 September 1962 ingin memohon kewarganegaraan Malaysia dengan syaratnya ibu atau bapa adalah permastautin tetap di persekutuan. Selain itu, pemohon tidak boleh menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahir. Bagi warganegara yang lahir di luar persekutuan iaitu pada atau selepas 31 Ogos 1957 ingin memohon kewarganegaraan  Malaysia dengan syaratnya bapa adalah warganegara yang dilahir di Persekutuan atau berkhidmatan dengan kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Pemohon mestilah daftar kelahiran di Pejabat Konsul Persekutuan. Sebagai contoh, pemohon hendaklah daftar dengan Kerajaan Persekutuan kalau dilahir di Singapura, Sarawak, Sabah atau Brunei.Bahagian kedua ialah warganegara yang lahir pada atau seleps Hari Malysia. Bagi warganegara yang lahir di persekutuan, syaratnya ialah ibu atau bapa mestilah warganegara atau pemastautin tetap di Persekutuan. Bagi warganegara yang lahir di luar Persekutuan, syaratya ialah bapa mestilah warganegara yang dilahir di Persekutuan atau berkhidmat dengan Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Pemohon mestilah daftar kelahiran di Pejabat Konsul Persekutuan.Cara kedua untuk mendapat kewarganegaraan adalah melalui pendaftaran(Perkara 15). Perempuan yang bersuami dengan warganegara Malaysia dan perkahwinannya telah didaftarkan di Persekutuan boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara. Pemohon patutnya telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan serta berkelakuan baik. Di samping itu, seseorang yang dibawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara. Dalam keadaan khas yang difikirkan patut, kerajaan Persekutuan boleh mengarahkan seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun didaftarkan sebagai warganegara.Mengikut Perkara 16, seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka boleh memohon kewarganegaraan sekiranya seseorang itu telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 5 dalam tempoh 7 tahun sebelum tarikh permohonan. Pemohon hendaklah berniat bermastautin tetap di Persekutuan serta berkelakuan baik. Selain itu, pemohon mestilah mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu(Ayusaudah,2010). Bagi seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan biasanya bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia(Perkara 16A) boleh memohon kewarganegaraan sekiranya seseorang itu telah bermastautin di wilayah-wilayah yang terkandung dalam negeri Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia sekurang-kurangnya 7 dalam tempoh 10 tahun sebelum tarikh permohonan. Pemohon hendaklah berniat bermastautin tetap di Persekutuan serta berkelakuan baik. Selain itu, pemohon mestilah mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.Seterusnya ialah melalui naturalisasi. Dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan pemohon bukan warganegara, Kerajaan Persekutuan boleh memberikan perakuan naturalisasi . Orang itu mestilahtelah bermastautin di dalam Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki dan berniat bermastautin tetap di Persekutuan serta berkelakuan baik. Pemohon juga hendaklah mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu.Cara yang keempat adalah melalui percantuman wilayah. Jika sesebuah wilayah baru dimasukkan ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia, parlimen boleh melalui undang-undang untuk menentukan warganegara wilayah itu yang akan menjadi warganegara Malaysia atas sebab hubungan mereka dengan wilayah itu dan tarikh mulanya mereka akan menjadi warganegara Malaysia.Terdapat juga cara untuk menamatkan taraf kewarganegaraan, iaitu penolakan dan pelucutan. Penolakan kewarganegaraan adalah dilaku secara sukarela dengan syaratnya seseorang itu berumur 21 tahun dan sempurna akal. Warganegara boleh menamatkan taraf kewarganegaraan apabila mendapat kewarganegaraan negara asing atau hendak menjadi warganegara negara lain. Penamatan kewarganegaraan hanya boleh dimohonkan semasa Malaysia tidak menghadapi peperangan. Akaun penolakan kewarganegaraan itu hendaklah didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.Manakala pelucutan berlaku apabila kewarganegaraan seseorang dilucutkan oleh kerajaan. Kerajaan akan melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang apabila warganegara itu telah menjadi warganegara asing. Selain itu, kerajaan akan melucutkan kewarganegaraan seseorang sekiranya mendapati seseorang itu menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dan dibuktikan seseorang itu tidak setia kepada negara. Perempuan yang memperoleh kewarganegaraan dengan cara pendaftaran juga akan dilucutkan taraf kewarganegaraan sekiranya mendapat kewarganegaraan asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara. Tambahan pula, perkahwinan perempuan itu dibubarkan dalam tempoh 2 tahun bermula dari tarikh perkahwinan bukan atas sebab kematian juga akan dilucutkan taraf kewarganegaraan.  Warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan didapati tidak setia kepada negara turut menghilangkan taraf kewarganegaraan. Warganegara yng memasulkan maklumat semasa memohon kerakyatan juga akan dilucutkan oleh kerajaan. Bahagian Kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan telah membantu kaum minoriti di Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Kaum minoriti akan mempunyai identiti yang sepatutnya dan hidup secara aman dan harmoni bersama-sama di Malaysia. Dengan pembantuan Perlembagaan Persekutuan, pertelingkahan dan perselisihan atas masalah kerakyatan dapat dielakkan. Kita hendaklah bersyukur kerana kaum minoriti di Malaysia mendapatkan taraf kewarganegaraan dengan senang. Hal ini demikian kerana peristiwa yang berlaku di Myanmar. Kerajaan yang disokong tentera Myanmar menolak permohonan untuk memberikan kewarganegaraan kepada etnik minoriti Rohingya di negara itu(Anonymous, 2015). Menurut jurucakap presiden dan Menteri Penerangan, Ye Htut, permohonan kewarganegaraan masyarakat Islam itu tidak akan dilayan dan pihak pentadbiran tidak akan meluluskannya. Ketegangan telah tercetus apabila ramai penduduk Rohingya menjadi mangsa keganasan tentera dan puak ekstremis Buddha. Menurut petikan Khairul Amir(2017), kerajaan Myanmar dilaporkan cuba menyembunyikan angka korban sebenar daripada pengetahuan media antarabangsa kerana bimbang dikenakan tindakan tegas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Oleh itu, kerajaan Myanmar didakwa tidak mempedulikan lebih separuh daripada 281 cadangan kajian termasuk semua yang berkaitan dengan hak sivil dan politik etnik Rohingya di negara Asia Tenggara. Dengan pengajaran ini, semua kaum di Malaysia patutlah saling menghormati dan membantu dalam pembangunan negara supaya kehidupan masa depan aman dan harmoni. 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Dora!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out