Site Loader
Rock Street, San Francisco

               Istilah etika berasal dari
perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus pada ‘character’ ataupun
perwatakan dan keperibadian. Etika merupakan panduan tingkahlaku yang diikuti
oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan. Menurut Kamus Dewan
edisi keempat, etika membawa maksud prinsip moral (atau akhlak) atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi  pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain
(Noresah Baharom, 2005). Dalam Kamus Dewan edisi baru, etika membawa maksud
kerja etik yang dijadikan pegangan semasa menjalankan tugas (Sheikh Othman
Sheikh Salim 1992). Etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat
moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah
yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai Gladding, S.T. (2000).
Penetapan tingkah laku  beretika perlulah
berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan (Maznah Baba
& Zainal Madon (2003). Berdasarkan perkara ini, penetapan tingkahlaku
beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan.

              Nilai klien bukan pengganti
kepada etika yang diregulasikan. Persatuan Kesihatan Mental telah menerbitkan
kod piawai etika bagi memantau aplikasi kaunselor professional berkelayakan. Etika
ini adalah kerangka penting yang menghuraikan terapi professional dan tidak
sama dengan nilai. Etika mendenifisikan kerangka sesi kaunseling professional,
manakala nilai meramal motivasi dan mekanisme kaunseling. Misalnya, etika boleh
dianggap sebagai batu asas sebuah rumah dan nilai sebagai model sebuah rumah. Etika
pula adalah kritikal pada praktis terapi professional, ia sendiri tidak cukup
untuk disamakan dengan nilai dalam kaunseling. Tujuan etika bukanlah untuk mendefinisikan
nilai. Walaupun ia adalah sesuatu yang penting dan kita memegangnya dengan
kuat, tetapi ia mempunyai tujuan yang berlainan. Misalnya, prinsip etika
mungkin mengatakan kaunselor tidak boleh ada hubungan dengan klien sekurang-kurangnya
selepas dua tahun berlalu setelah hubungan professional tamat. Ini dikenali
sebagai hubungan dual. Ini adalah piawai etika. Berdasarkan perkara ini,
penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan
masyarakat tempatan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Dora!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out