Site Loader

BAB4 DAPATANKAJIAN  4.1       Pengenalan Babini melaporkan dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian yang telahdilaksanakan. Laporan dapatan kajian yang dinyatakan adalah merangkumi dapatandari kajian rintis dan kajian sebenar bagi menjawab persoalan kajian yang telahdibentuk.            Data-data yang diperolehi dariborang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Scienceversion 23 (SPSS v 23). Huraian analisis data dalam bab ini adalahberdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1 sebelumini. 4.2       Analisis Demografi Responden            Maklumatdemografi responden telah dikumpulkan oleh pengkaji dalam borang soal selidikuntuk mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai latar belakang responden.

Dalam kajian ini, seramai 310 orang pelajar tingkatan satu telah dipilihsebagai responden kajian. Analisis demografi responden mungkin akan memberiimpak atau mempengaruhi hasil dapatan kajian yang telah dijalankan.    4.2.1    Analisis responden mengikut jantina Maklumatjantina responden dikumpulkan dan dianalisis dalam bentuk kekerapan danperatusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Jadual 4.

1: Kekerapan dan peratusan respondenmengikut jantina  Jantina Kekerapan (f) Peratusan (%) Lelaki 141 45.48 Perempuan 169 54.52 Jumlah 310 100  BerdasarkanJadual 4.1, didapati bahawa jumlah pelajar perempuan adalah lebih ramaiberbanding pelajar lelaki.

Daripada 310 orang responden yang dipilih, seramai141 orang adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan 169 orang pelajarperempuan. Ini menjadikan peratusan pelajar perempuan sebanyak 54.52% danpelajar lelaki sebanyak 45.

48%. 4.2.2    Analisis responden mengikut pencapaian akademik Demografiresponden yang kedua adalah berkaitan dengan maklumat pencapaian akademikpelajar berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR tahun 2016.

Jadual 4.2menunjukkan gred pencapaian pelajar yang memperoleh keputusan bilangan A dalammata pelajaran yang diambil, kekerapan dan peratusan. Jadual 4.2: Kekerapan dan peratusan respondenmengikut keputusan peperiksaan UPSR tahun 2016  Keputusan (Gred) Kekerapan (f) Peratusan (%) Tidak memperoleh A 112 36.13 1A 126 40.65 2A 52 16.77 3A 13 4.

19 4A 6 1.94 Jadual 4.2 (sambungan) 5A 1 0.32 6A 0 0 Jumlah 310 100  Berdasarkan Jadual 4.2,majoriti pelajar memperoleh keputusan 1A iaitu seramai 126 orang (40.65%).Kemudian diikuti oleh pelajar yang tidak memperoleh A seramai 112 orang(36.

13%). Seterusnya, kekerapan pelajar yang memperoleh keputusan 2A adalahseramai 52 orang (16.77%), pelajar yang memperoleh keputusan 3A berjumlah 13orang (4.19%), pelajar yang mempunyai keputusan 4A seramai 6 orang (1.94%) danseorang pelajar memperoleh keputusan 5A (0.

32%).  4.2.3    Analisis responden mengikut lokasi sekolah Demografiresponden yang ketiga adalah melibatkan lokasi sekolah ketika responden beradadi tahun enam seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Seramai 154 orangresponden (49.

68%) bersekolah di lokasi bandar, manakala seramai 156 orangresponden (50.32%) bersekolah di lokasi luar bandar.  Jadual 4.3: Kekerapan dan peratusan respondenmengikut lokasi sekolah  Lokasi Kekerapan (f) Peratusan (%) Bandar 154 49.68 Luar Bandar 156 50.32 Jumlah 310 100  4.

3       Analisis Data Kajian Sebenar            Proses penganalisisan data dilakukan berdasarkankepada maklum balas yang diperolehi daripada responden melalui soal selidikyang telah ditadbir oleh pengkaji. Terdapat tiga konstruk yang dikaji iaitutahap kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran terhadapKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Reka Bentuk danTeknologi (RBT). Setiap konstruk mempunyai 10 item yang berteraskan kepadaTaksonomi Domain Kognitif Anderson dan Krathwohl (2001) iaitu mengaplikasi,menganalisis, menilai dan mencipta. Analisis tahap kesediaan responden terhadapkonstruk diukur menggunakan skor min. Seterusnya, analisis data dapatan kajianadalah seperti di LAMPIRANG. Skala pengukuran skor mindan intrepretasi skor min bagi skala Likert yang digunakan adalah berpandukankepada Jadual 4.4.

 1.3.1       DapatanPersoalan Kajian Pertama  PersoalanKajian Pertama: Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan terhadapKBAT dalam mata pelajaran RBT.

 Analisisskor min dan sisihan piawai terhadap tahap kesediaan pelajar dari aspekpengetahuan terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT ditunjukkan dalam Jadual4.5. Jadual4.

5: Analisis bagi setiap item bagi tahap kesediaan pelajar dari aspekpengetahuan terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT  No. Item Item Skor Min Sisihan Piawai Tahap B1 Saya boleh merekabentuk model berfungsi. 3.35 0.871 Sederhana B2 Saya boleh membina model berfungsi. 3.26 0.916 Sederhana B3 Saya boleh menyatakan masalah berdasarkan situasi.

3.54 0.842 Sederhana  Jadual4.5 (sambungan) B4 Saya memahami proses pembinaan untuk sesuatu reka bentuk. 3.67 0.914 Sederhana B5 Saya memahami proses pengujian untuk sesuatu reka bentuk.

3.57 0.899 Sederhana B6 Saya memahami proses penambahbaikan untuk sesuatu reka bentuk.

3.66 0.895 Sederhana B7 Saya boleh membuat persembahan untuk sesuatu reka bentuk. 3.65 0.915 Sederhana B8 Saya boleh membuat laporan untuk sesuatu reka bentuk. 3.

50 0.835 Sederhana B9 Saya boleh membezakan bahan logam dan bahan bukan logam. 4.49 0.732 Tinggi B10 Saya boleh membezakan litar elektrik dan litar elektronik. 3.76 0.957 Tinggi Purata keseluruhan 3.

65 0.45 Sederhana  Berdasarkan daripadakajian pada Jadual 4.5, didapati bahawa item B9 memberi nilai tahap kesediaantertinggi dari aspek pengetahuan (M=4.49, SD=0.732) dan diikuti oleh item B10(M=3.

76, SD=0.957). Walau bagaimanapun, item-item yang lain berada pada tahap yangsederhana iaitu bermula dengan item B4 (M=3.67, SD=0.914)dan diikuti denganitem B6 (M=3.66, SD=0.

895), item B7 (M=3.65, SD=0.915), item B5 (M=3.

57,SD=0.899), item B3 (M=3.54, SD=0.842), item B8 (M=3.

50, SD=0.835), item B1(M=3.35, SD=0.871) dan item B2 (M=3.

26, SD=0.916) . Selain itu, item B2menunjukkan skor min terendah daripada keseluruhan item yang dikaji.

Secarakeseluruhannya, tahap kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan terhadap KBATdalam mata pelajaran RBT berada pada tahap sederhana dengan purata skor min3.65. 1.3.

2       DapatanPersoalan Kajian Kedua PersoalanKajian Kedua: Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek sikap terhadap KBATdalam mata pelajaran RBT. Analisisskor min dan sisihan piawai terhadap tahap kesediaan pelajar dari aspek sikapterhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT ditunjukkan dalam Jadual 4.6 di bawah. Jadual4.6: Analisis bagi setiap item bagi tahap kesediaan pelajar dari aspek sikapterhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT  No. Item Item Skor Min Sisihan Piawai Tahap C1 Saya yakin untuk memberikan idea atau pandangan apabila diminta oleh guru. 3.77 0.

890 Tinggi C2 Saya yakin untuk memberikan idea atau pandangan di dalam perbincangan kumpulan. 4.09 0.743 Tinggi C3 Saya akan mempertahankan idea yang saya berikan berpandukan kepada asas yang kukuh. 3.

77 0.900 Tinggi C4 Saya bersedia menerima idea daripada rakan-rakan lain. 4.47 0.666 Tinggi C5 Saya sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

4.22 0.748 Tinggi C6 Saya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada rakan-rakan dalam menghasilkan sesuatu projek atau tugasan. 4.42 0.681 Tinggi C7 Saya boleh melaksanakan sesuatu kerja secara teratur.

3.81 0.775 Tinggi C8 Saya berpendapat dengan melakukan perbincangan, sesuatu keputusan yang dibuat adalah lebih tepat. 4.02 0.838 Tinggi C9 Saya akan bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan. 4.30 0.

782 Tinggi C10 Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan sesuatu tugasan. 4.34 0.714 Tinggi Purata keseluruhan 4.

12 0.293 Tinggi  Berdasarkan daripadakajian pada Jadual 4.6, didapati bahawa item C4 memberi nilai tahap kesediaantertinggi dari aspek sikap (M=4.47, SD=0.666) dan diikuti oleh item C6 (M=4.

42,SD=0.681). Selain itu, item-item yang lain juga berada pada tahap tinggi iaitudiikuti dengan item C10 (M=4.34, SD=0.714), item C9 (M=4.30, SD=0.782), item C5(M=4.22, SD=0.

748), item C2 (M=4.09, SD=0.743), item C8 (M=4.02, SD=0.

838),item C7 (M=3.81, SD=0.775), item C1 (M=3.77, SD=0.

890) dan item C3 (M=3.77,SD=0.900) . Selain itu, item C1 dan C3menunjukkan skor min terendah daripada keseluruhan item yang dikaji. Secarakeseluruhannya, tahap kesediaan pelajar dari aspek sikap terhadap KBAT dalammata pelajaran RBT berada pada tahap tinggi dengan purata skor min 4.12. Halini menunjukkan bahawa pelajar mengamalkan sikap yang positif terhadappengaplikasian KBAT dalam mata pelajaran RBT. 1.

3.3       DapatanPersoalan Kajian Ketiga PersoalanKajian Ketiga: Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek kemahiran terhadapKBAT dalam mata pelajaran RBT. Analisisskor min dan sisihan piawai terhadap tahap kesediaan pelajar dari aspekkemahiran terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT ditunjukkan dalam Jadual 4.7.

 Jadual4.7: Analisis bagi setiap item bagi tahap kesediaan pelajar dari aspekkemahiran terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT  No. Item Item Skor Min Sisihan Piawai Tahap D1 Saya boleh membuat lakaran untuk projek.

3.74 0.921 Tinggi D2 Saya boleh merekabentuk sesuatu projek. 3.

57 0.907 Sederhana D3 Saya boleh menghasilkan projek menggunakan bahan bukan logam dengan litar elektrik. 3.24 0.

901 Sederhana D4 Saya boleh menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik. 3.12 0.875 Sederhana D5 Saya boleh menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan sistem elektromekanikal. 2.96 0.936 Sederhana D6 Saya mampu untuk menghasilkan artikel yang kreatif. 3.

41 0.854 Sederhana D7 Saya boleh menghasilkan produk yang boleh diniagakan. 3.

63 0.897 Sederhana D8 Saya boleh menghubungkait bentuk-bentuk asas dalam aktiviti untuk menghasilkan sesuatu produk. 3.54 0.

806 Sederhana D9 Saya boleh mentafsir lukisan kerja. 3.43 0.

836 Sederhana D10 Saya mampu untuk membuat keputusan bagi memilih peralatan dan bahan yang perlu digunakan dalam tugasan. 3.92 0.836 Tinggi Purata keseluruhan 3.46 0.

513 Sederhana  Berdasarkan analisis datadalam Jadual 4.7, didapati bahawa item D10 memberi nilai tahap kesediaan tinggidari aspek kemahiran (M=3.92, SD=0.

836) dan diikuti oleh item D1 (M=3.74,SD=0.921). Namun begitu, item-item yang lain berada pada tahap yang sederhanaiaitu dimulai dengan item D7 (M=3.63, SD=0.

897), item D2 (M=3.57, SD=0.907),item D8 (M=3.54, SD=0.

806), item D9 (M=3.43, SD=0.836), item D6 (M=3.41,SD=0.854), item D3 (M=3.24, SD=0.901), item D4 (M=3.12, SD=0.

875) dan item D5(M=2.96, SD=0.936) . Selain itu, item D5menunjukkan skor min terendah daripada keseluruhan item yang dikaji. Secarakeseluruhannya, tahap kesediaan pelajar dari aspek kemahiran terhadap KBATdalam mata pelajaran RBT berada pada tahap sederhana dengan purata skor min3.46.

 1.3.4       DapatanPersoalan Kajian Keempat PersoalanKajian Keempat: Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan dari aspekpengetahuan terhadap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dalam kalanganpelajar rintis RBT di antara pelajar lelaki dan perempuan. Hipotesis nul: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadaptahap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dari aspek pengetahuan dalamkalangan pelajar rintis RBT berdasarkan jantina. Hipotesis penyelidikan: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahappenguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dari aspek pengetahuan dalam kalanganpelajar rintis RBT berdasarkan jantina. Keputusan kajian yang diperoleh adalah (t = 0.909,df = 308, p > 0.05).

Analisis ini menunjukkan bahawa tidak terdapatperbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan KBAT dalam mata pelajaranRBT dari aspek pengetahuan dalam kalangan pelajar rintis RBT berdasarkanjantina. Ini adalah kerana nilai t lebih kecil daripada 2.00 (t < 2.00) dan p lebih besardaripada 0.

05 (p > 0.05). Merujuk kepada Jadual 4.8, nilai perbezaan skormin antara pelajar lelaki dan perempuan adalah kecil iaitu 0.

57543.     Jadual 4.8: Analisisinferensi tahap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dari aspek pengetahuandalam kalangan pelajar rintis RBT berdasarkan jantina   Aspek Jantina N Min Sisihan Piawai t p Pengetahuan Lelaki Perempuan 141 169 36.7589 36.

1834 5.92079 5.22432 .909 .364   4.

4       Rumusan Secara keseluruhannya, soal selidik yang telahdiedarkan kepada responden berjaya mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukanoleh pengkaji. Data yang telah diperoleh, telah dianalisis menggunakanstatistik deskriptif iaitu pengiraan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihanpiawai serta analisis inferensi dilakukan melalui ujian T. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa, aspek sikap memberi nilai min yang tinggi berbanding aspekpengetahuan dan kemahiran terhadap tahap kesedian pelajar rintis RBT dalammenguasai KBAT. Selain itu, analisis inferensi menunjukkan bahawa tidakterdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuanterhadap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dari aspek pengetahuan.Seterusnya, dalam Bab 5 akan dibincangkan secara komprehensifkeputusan-keputusan analisis yang telah diperolehi.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Dora!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out